Mereka sudah memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan tidak perlu bertunang. Mereka ada tujuh bulan lagi untuk menyiapkan keperluan majlis nanti. Mama dan papa semakin sibuk menyiapkan barang barang keperluan majlis anak kesayangan mereka. Oscar sudah dimaklumkan awal tentang rancangan mereka supaya dia boleh balik memeriahkan majlis abang kesayangannya. Kebetulan pada majlis bahagia abangnya adalah cuti semester dia selama sebulan. Selepas itu dia akan memulakan praktikalnya sebagai juruterbang. Dia memilih untuk mejalankan praktikalnya di Singapore. Praktikal selama 6 bulan baru dia boleh menjadi juruterbang yang berkelayakan. Mama menghubunginya untuk memberitahunya semasa dia dalam perjalanan balik ke rumah sewanya. Dia sangat gembira mendapat tahu abang kesayangan akan mendirikan rumah tangga bersama orang tersayang. Dia terfikir akan masa depan dia yang sekarang masih bujang dan tidak ada kekasih lagi. Ramai stewardess yang meminati dia tapi dia belum bersedia mahu mengalas tanggungjawab sebagai kekasih buat masa sekanrang. Dia mengingatkan dirinya sendiri selagi dia masih bergelar seorang pelajar dia tidak akan mencari teman istimewa. Lamunanya terhenti bila dia terdengar namanya dipanggil oleh teman serumahnya yang juga seorang juruterbang. Bryan mengajak Oscar makan sekali dia memasak masakan kegemaran mereka berdua iaitu 'steam fish'. Dia berfikir apa hadiah yang akan dia hadiahkan pada abangnya semepana hari bahagia dia nanti. Dia melihat pada kalendar diatas mejanya mengira bulan yang tinggal sampai majlis abangnya. Lagi ada tujuh bulan untuk dia berfikir hadiah apa yang patut dia berikan pada abang dan kakak iparnya nanti. Selesai makan dia mengambil henponnya dan menghubungi abang kesayangannya. Hello Oliver, tahniah atas perkahwinan abang katanya sejurus Oliver menjawab panggilan adiknya. "Terima kasih balas Oliver. Dia menanya abangnya bila tarikh majlis mereka. Oliver menjawab pada hari lahir kakakmu katanya dengan nada gembira sekali. Mereka bersembang sekejap dan Oscar memutuskan talian kerana dia perlu bersiap sedia untuk menyiapkan assignment dengan Bryan.